Saya seorang tutor. Alhamdulillah hampir 10 tahun saya menjadi tutor. Bagaimana saya mula menjadi tutor? Saya bermula sebagai tutor sambilan di sebuah pusat tuisyen ketika melanjutkan pelajaran di universiti. Sejak itulah datang minat yang mendalam untuk menjadi tutor. Tutor dan guru sememangnya berbeza. Sebagai tutor, saya lebih mengetahui kelemahan dan masalah pelajar. Ini menjadikan saya lebih fokus dalam membantu mereka.
Pengalaman memasuki kelas tuisyen semasa bersekolah juga membuatkan saya lebih memahami keperluan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran mereka. Sebagai tutor, saya kini telah berpengalaman mengajar pelbagai peringkat pembelajaran sekolah termasuklah program membaca bagi kanak-kanak, pelajar yang menduduki UPSR, PT3 (dahulunya PMR) dan SPM.
Bermula setahun yang lalu, saya telah sebulat hati ingin menjadikan tutor sebagai kerjaya saya. Saya juga mula berjinak-jinak dengan pendidikan online (
Terima kasih juga kepada pengasas Akademi Tutor Terbaik Malaysia, HT Amir atas segala ilmu dan tunjuk ajar.
Tutor Azreen (Tutor Terbaik Malaysia - Seremban)
11 Feb 2016
*Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya, 011-10721512 untuk info lanjut.
No comments:
Post a Comment