Friday, 7 July 2017

Sebagai ibu bapa, apa yang kita boleh buat untuk bantu anak2 dalam pelajaran mereka?

1. Beri perhatian terhadap perkara yang mereka suka. Sokong dan ambil berat terhadap perkara tersebut.

2. Ambil tahu apa yang anak kita belajar setiap hari.

3. Kurangkan TV. Banyak menontin TV juga punca anak kurang fokus semasa belajar.

4. Cari masa untuk membaca bersama anak2. Inilah antara quality time yang mereka perlukan.

5. Jangan bagi jadual anak terlalu ketat. Anak akan stress.

6. Practice semula apa yang mereka dah belajar di sekolah. Ini supaya anak akan senang ingat apa mereka belajar.

7. Sentiasa belajar sesuatu yang baru untuk diri kita sendiri. Untuk kita kongsikan dengan anak2.

Sekian. Semoga anak2 kita menjadi anak2 yang berjaya dunia akhirat 😊

Tuesday, 3 January 2017

Program Cuti Sekolah 2016

Assalamualaikum.. selamat tahun baru ;-)

Sepanjang Program Cuti Sekolah yang lepas...


Fasa1 (28/11-8/12/2016)
Fasa 2 (19/12-30/12/2016)

+ Program Khas Membaca  BM
+ Program Khas Membaca BI
+ Kelas Subjek UPSR





kelas membaca BM dan BI





Kelas UPSR






Wednesday, 31 August 2016

Tips: BM kertas 1, Bahagian A: Soalan 1-16

Assalamualaikum dan selamat hari kemerdekaan yang ke-59 (belum terlambat lagi rasanya) :-)  Hari ni saya akan kongsikan tentang cara mengajar pelajar yang lemah bahasa. Tak kisahlah bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Para ibu bapa pun boleh cuba tips ni untuk ajar anak2 di rumah ya.

Bahasa Melayu kertas 1 (Pemahaman): Bahagian A Soalan 1-16 

  1. Pertamanya, pastikan pelajar mempunyai sekurang-kurangnya 10 set soalan (yup, tak boleh kurang).

  1. 16 soalan yang pertama adalah soalan jenis tatabahasa. Jadi, setelah mengajar topik2 tatabahasa dengan lengkapnya kepada pelajar, tutor perlu memastikan pelajar buat kesemua 10 set tu. INGAT! 16 soalan pertama tu je. Sebab 4 yang akhir tu dah lain sikit soalannya. 

  1. Pelajar yang lemah biasanya saya akan berikan masa atau bilangan soalan (atau 'page by page') yang sesuai dengan level masing2. Contoh; pelajar buat 1 page. Selesai saja, terus MARK. Letak markah siap2 pada soalan last yg pelajar buat  (selalunya bila nampak berapa markah pelajar bersemangat sikit). 

  1. Kemudian, EXPLAIN pada pelajar nombor berapa yang pelajar salah. Terangkan satu-satu sampai dia FAHAM. Jangan lupa juga untuk tanya pelajar kalau2 ada soalan yg dia hentam kromo (ada pelajar saya pernah buat) Gertak sikit sampai dia bagitahu. So, kita dapat terangkan soalan yang walaupun dia betul tapi dia tak tahu nak jawab pun sebenarnya. 

  1. Lepas siap satu set, letak jumlah markah (bagi semangat lagi! Hehe)

  1. Habis je 1 set, buat set baru.. Sampai yg dia terlarat untuk sesi tu. Kalau biat kesalahan yang sama bolehlah didenda. INGAT! Tips ni fokus pada pelajar yang lemah. Kalau pelajar yang sederhana dan yang LAJU mungkin kurang sesuai. 





Pelajar buat 'page by page' dan markah per 16 diletakkan di mukasurat depan sekali.

Markah diletakkan di soalan akhir setiap muka surat. Kesalahan yang telah di 'EXPLAIN' dibetulkan. Suruh pelajar tulis SENDIRI pembetulan dekat soalan tu. WAJIB!




Kesannya:

- Pelajar BELAJAR daripada kesalahan
- Pelajar lebih BERHATI-HATI ketika menjawab sebab tak nak ulangi kesalahan yang sama yang mana BARU je dilakukan tadi. Dan tak mahu didenda 😆
- 'Practice makes perfect' kan?

Selamat mencuba dan selamat berjaya semua.. 😊 InsyaAllah


Tutor Azreen  
1 September 2016

Tuesday, 24 May 2016

Review buku: Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris (MBBI)


Assalamualaikum & salam sejahtera semua.. dalam entry ni saya akan introduce sebuah buku yang sangat2 membantu saya dalam pengajaran. 

Baiklah, di sini saya sertakan secara ringkas tentang buku di bawah ya.. 



Tajuk: Mudahnya Belajar Bahasa 
Inggeris (BBMI) 

Penulis: Aida Dahlia Ahmad, Asnili Marniwati Ahmad

Penerbit: Excellent Ideas Publication

Cetakan: Cetakan kelima Feb 2015

Bil. Muka surat: 244 ms dan 23 ms untuk jawapan

Harga: RM 39.00 (Sem)
            RM 42.00 (Sabah/Sarawak)
            Seperti yang tertera di 
            belakang buku


So...apa yang saya suka dan teruja tentang buku ni ialah:

  1. GRAMMAR & VOCABULARY Buku ini mengandungi nota padat dan latihan tentang grammar & vocab dalam bahasa inggeris yang mana bagi saya sangat sesuai. Ini kerana pelajar boleh fokus pada grammar & vocab sahaja. Buat sampai pandai. Kalau nak buat essay atau latihan lain bolehlah cari buku lain ya ;-)

  1. BAHASA   Semasa di sekalah rendah, saya antara pelajar yang lemah bahasa inggeris. Faktor utama saya adalah kerana tidak faham apabila cikgu mengajar di depan dalam bahasa inggeris       :-(  jadi, yang best nya buku ni ialah semua nota dan arahan latihannya adalah dalam bahasa melayu. Senang untuk pelajar faham lebih2 lagi pelajar yang lemah. Tq penulis ;-)) 

  1. ISI KANDUNGAN BERWARNA Ya, ini sangat mengujakan. Pelajar akan lebih tertarik dengan warna2 di setiap mukasurat buku ini. Bagi saya, saya berasa lebih segar dan bersemangat apabila melihat warna2 seperti di dalam buku ini.  



Banyak lagi yang best tentang buku  ini. Antaranya, nota yang mudah difahami kerana direka dalam bantuk point, tulisan(font) yang besar dan mudah dibaca, contoh ayat dan perkataan yang mudah dan selalu digunakan oleh pelajar dan banyak lagi..

Namun, ada juga beberapa kekurangan buku ini yang mungkin boleh ditambah iaitu, bagi saya...

  1. Latihan dalam buku ini perlu ditambah. Lebih2 lagi pada topik yang berat seperti phrasal verbs dan idioms.. 
  2. Nota akan jadi lebih menarik jika dibuat dalam bentuk mindmap ataupun bentuk2 menarik yang lain.

Kesimpulannya, saya sangat sukakan buku ini. Sangat membantu pelajar2 saya dalam subjek bahasa inggeris. :-)

Tutor Azreen
24 Mei 2016


*Inginkan buku ini di atas meja anda atau meja anak anda ?Hubungi saya di 011-10721512 atau email norazreenabubakar1512@gmail.com

Monday, 15 February 2016

Tutor TERBAIK


Bagaimana untuk menjadi tutor terbaik? Apakah kelayakan untuk menjadi tutor terbaik? 


Semua orang boleh mengajar. Ajarlah apa saja, tapi tak semua orang mampu membuat orang yang diajar betul-betul FAHAM. Itulah pengajar yang baik. Seorang tutor yang baik.....

1. AJAR   Tutor yang baik mengajar dengan sepenuh hati dan dedikasi. Tidak kiralah topik tersebut adalah pertama kali dipelajari oleh pelajar ataupun pelajaran yg telah dipelajari mereka. Elakkan daripada mengambil ringan pelajaran yg telah dipelajari di sekolah dan yg mereka telah faham.

2. FAHAM  Fahamkan pelajar akan topik yg sedang dipelajari/diterangkan. Biarpun perlu diulang-ulang, pastikan mereka faham.

3. TULIS  Pastikan pelajar tulis semula apa yg diajar untuk membuktikan kefahaman mereka. Ini termasuklah dalam bentuk nota, latihan dan ujian.

4. UJI  Uji pelajar dengan pelbagai kaedah. Kreatif dalam mencipta teknik-teknik belajar dan menjawab soalan.

Selain daripada perkara di atas, tutor yg baik sememangnya perlu mempunyai hubungan yg baik dengan ibu bapa pelajar dan berkongsi pendapat dalam meningkatkan prestasi anak mereka. 




Tutor Azreen (Tutor Terbaik Malaysia - Seremban)
15 Feb 2016





* Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya, 011- 10721512 untuk info lanjut.









Thursday, 11 February 2016

Jiwa Pendidik

Assalamualaikum dam salam sejahtera...


Saya seorang tutor. Alhamdulillah hampir 10 tahun saya menjadi tutor. Bagaimana saya mula menjadi tutor? Saya bermula sebagai tutor sambilan di sebuah pusat tuisyen ketika melanjutkan pelajaran di universiti. Sejak itulah datang minat yang mendalam untuk menjadi tutor. Tutor dan guru sememangnya berbeza. Sebagai tutor, saya lebih mengetahui kelemahan dan masalah pelajar. Ini menjadikan saya lebih fokus dalam membantu mereka.


Pengalaman memasuki kelas tuisyen semasa bersekolah juga membuatkan saya lebih memahami keperluan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran mereka. Sebagai tutor, saya kini telah berpengalaman mengajar pelbagai peringkat pembelajaran sekolah termasuklah program membaca bagi kanak-kanak, pelajar yang menduduki UPSR, PT3 (dahulunya PMR) dan SPM.


Bermula setahun yang lalu, saya telah sebulat hati ingin menjadikan tutor sebagai kerjaya saya. Saya juga mula berjinak-jinak dengan pendidikan online (hanya di hujung jari) sejak awal tahun yang lalu. Saya memilih i-LEARNAce (iLA) sebuah portal pembelajaran interaktif online terkini dan terbaik dari SASBADI Holding Sdn. Bhd. Dengan ini saya dapat mendidik lebih ramai pelajar tidak kira di mana mereka berada tanpa kekangan ruang dan masa.



Terima kasih juga kepada pengasas Akademi Tutor Terbaik Malaysia, HT Amir atas segala ilmu dan tunjuk ajar.


Tutor Azreen (Tutor Terbaik Malaysia - Seremban)
11 Feb 2016


*Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya, 011-10721512 untuk info lanjut.