Wednesday, 31 August 2016

Tips: BM kertas 1, Bahagian A: Soalan 1-16

Assalamualaikum dan selamat hari kemerdekaan yang ke-59 (belum terlambat lagi rasanya) :-)  Hari ni saya akan kongsikan tentang cara mengajar pelajar yang lemah bahasa. Tak kisahlah bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Para ibu bapa pun boleh cuba tips ni untuk ajar anak2 di rumah ya.

Bahasa Melayu kertas 1 (Pemahaman): Bahagian A Soalan 1-16 

  1. Pertamanya, pastikan pelajar mempunyai sekurang-kurangnya 10 set soalan (yup, tak boleh kurang).

  1. 16 soalan yang pertama adalah soalan jenis tatabahasa. Jadi, setelah mengajar topik2 tatabahasa dengan lengkapnya kepada pelajar, tutor perlu memastikan pelajar buat kesemua 10 set tu. INGAT! 16 soalan pertama tu je. Sebab 4 yang akhir tu dah lain sikit soalannya. 

  1. Pelajar yang lemah biasanya saya akan berikan masa atau bilangan soalan (atau 'page by page') yang sesuai dengan level masing2. Contoh; pelajar buat 1 page. Selesai saja, terus MARK. Letak markah siap2 pada soalan last yg pelajar buat  (selalunya bila nampak berapa markah pelajar bersemangat sikit). 

  1. Kemudian, EXPLAIN pada pelajar nombor berapa yang pelajar salah. Terangkan satu-satu sampai dia FAHAM. Jangan lupa juga untuk tanya pelajar kalau2 ada soalan yg dia hentam kromo (ada pelajar saya pernah buat) Gertak sikit sampai dia bagitahu. So, kita dapat terangkan soalan yang walaupun dia betul tapi dia tak tahu nak jawab pun sebenarnya. 

  1. Lepas siap satu set, letak jumlah markah (bagi semangat lagi! Hehe)

  1. Habis je 1 set, buat set baru.. Sampai yg dia terlarat untuk sesi tu. Kalau biat kesalahan yang sama bolehlah didenda. INGAT! Tips ni fokus pada pelajar yang lemah. Kalau pelajar yang sederhana dan yang LAJU mungkin kurang sesuai. 





Pelajar buat 'page by page' dan markah per 16 diletakkan di mukasurat depan sekali.

Markah diletakkan di soalan akhir setiap muka surat. Kesalahan yang telah di 'EXPLAIN' dibetulkan. Suruh pelajar tulis SENDIRI pembetulan dekat soalan tu. WAJIB!




Kesannya:

- Pelajar BELAJAR daripada kesalahan
- Pelajar lebih BERHATI-HATI ketika menjawab sebab tak nak ulangi kesalahan yang sama yang mana BARU je dilakukan tadi. Dan tak mahu didenda 😆
- 'Practice makes perfect' kan?

Selamat mencuba dan selamat berjaya semua.. 😊 InsyaAllah


Tutor Azreen  
1 September 2016