Assalamualaikum & salam sejahtera semua.. dalam entry ni saya akan introduce sebuah buku yang sangat2 membantu saya dalam pengajaran.
Baiklah, di sini saya sertakan secara ringkas tentang buku di bawah ya..
Tajuk: Mudahnya Belajar Bahasa
Inggeris (BBMI)
Penulis: Aida Dahlia Ahmad, Asnili Marniwati Ahmad
Penerbit: Excellent Ideas Publication
Cetakan: Cetakan kelima Feb 2015
Bil. Muka surat: 244 ms dan 23 ms untuk jawapan
Harga: RM 39.00 (Sem)
RM 42.00 (Sabah/Sarawak)
Seperti yang tertera di
belakang buku
So...apa yang saya suka dan teruja tentang buku ni ialah:
- GRAMMAR & VOCABULARY Buku ini mengandungi nota padat dan latihan tentang grammar & vocab dalam bahasa inggeris yang mana bagi saya sangat sesuai. Ini kerana pelajar boleh fokus pada grammar & vocab sahaja. Buat sampai pandai. Kalau nak buat essay atau latihan lain bolehlah cari buku lain ya ;-)
- BAHASA Semasa di sekalah rendah, saya antara pelajar yang lemah bahasa inggeris. Faktor utama saya adalah kerana tidak faham apabila cikgu mengajar di depan dalam bahasa inggeris :-( jadi, yang best nya buku ni ialah semua nota dan arahan latihannya adalah dalam bahasa melayu. Senang untuk pelajar faham lebih2 lagi pelajar yang lemah. Tq penulis ;-))
- ISI KANDUNGAN BERWARNA Ya, ini sangat mengujakan. Pelajar akan lebih tertarik dengan warna2 di setiap mukasurat buku ini. Bagi saya, saya berasa lebih segar dan bersemangat apabila melihat warna2 seperti di dalam buku ini.
Banyak lagi yang best tentang buku ini. Antaranya, nota yang mudah difahami kerana direka dalam bantuk point, tulisan(font) yang besar dan mudah dibaca, contoh ayat dan perkataan yang mudah dan selalu digunakan oleh pelajar dan banyak lagi..
Namun, ada juga beberapa kekurangan buku ini yang mungkin boleh ditambah iaitu, bagi saya...
- Latihan dalam buku ini perlu ditambah. Lebih2 lagi pada topik yang berat seperti phrasal verbs dan idioms..
- Nota akan jadi lebih menarik jika dibuat dalam bentuk mindmap ataupun bentuk2 menarik yang lain.
Kesimpulannya, saya sangat sukakan buku ini. Sangat membantu pelajar2 saya dalam subjek bahasa inggeris. :-)
Tutor Azreen
24 Mei 2016
*Inginkan buku ini di atas meja anda atau meja anak anda ?Hubungi saya di 011-10721512 atau email norazreenabubakar1512@gmail.com


